KUALA LUMPUR: Hadiah wang kemenangan bagi Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2023 meningkat hampir 50 peratus sempena sambutan edisi ke-30 perlumbaan dua roda itu.
Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd Ron Hogg berkata hadiah keseluruhan bagi 10 pusingan musim ini mencecah hampir RM500,000, tidak termasuk bonus kemenangan daripada pasukan.
Beliau berkata saingan bagi 2023 juga bakal menjadi sengit dengan kehadiran beberapa pasukan baharu, selain penggunaan teknologi fuel injection bagi kelas Wira menjadi jentera kelas nasional ketiga untuk beralih ke teknologi tersebut.
"Kita ada perancangan besar untuk lima hingga 10 tahun akan datang, iaitu kita nak beri lebih banyak peluang kepada pelumba Malaysia untuk pergi ke peringkat antarabangsa. Satu daripada masalahnya sekarang adalah kos, jadi sebaik-baiknya kita boleh beri latihan kepada mereka di Malaysia (menerusi Cub Prix).
"Jadi, apabila mereka pergi ke peringkat lebih tinggi, terus boleh bersaing pada tahap tinggi, kerana tiada siapa melihat ke belakang... perlu sentiasa di atas, jika tidak, penajaan akan kurang," katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan 30 tahun Kejuaraan Cub Prix, malam tadi.
Mengulas lanjut, Ron berkata komuniti Cub Prix di Malaysia besar, melibatkan lebih kurang 1,500 pelumba, mekanik, anggota pasukan, marshal dan kru pada satu-satu minggu perlumbaan.
Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak membantu perlumbaan itu berlangsung sejak 1994 menerusi penajaan daripada pihak swasta, terutamanya Petronas yang menjadi penaja utama selama 20 tahun.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memuji penganjur yang mampu menjana pendapatan sendiri untuk meneruskan perlumbaan tanpa bantuan kewangan daripada kerajaan, sesuatu patut dicontohi oleh badan-badan sukan lain.
Yeoh berkata beliau juga telah mengarahkan pihak di kementeriannya untuk mengurangkan karenah birokrasi dalam mendapatkan kelulusan bagi menganjurkan pertandingan sukan.
Perlumbaan Cub Prix musim ini akan bermula dengan pusingan pertama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Utara pada 25-26 Feb, diikuti perlumbaan di Jempol (11-12 Mac), pusingan ketiga pada 27-28 Mei yang belum ditentukan lokasinya dan SIC Selatan (10-11 Jun).
Perlumbaan kemudian akan bersambung di Litar Lumba Tangkak pada 8-9 Julai, Litar Perlumbaan Terengganu (21-22 Julai), Teluk Intan (2-3 Sept), Litar Perlumbaan Terengganu (22-23 Sept) dan Litar Lumba Tangkak (21-22 Okt), sebelum tamat di Batu Kawan pada 25-26 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2023
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh (dua, kiri) ketika gimik pelancaran perasmian Sambutan Tahun Ke-30 Kejuaraan Petronas Malaysian Cub Prix. - Foto BERNAMA
[INFOGRAFIK] Demografi Malaysia Suku Tahun Pertama 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan demografi Malaysia pada suku tahun pertama 2024.
[TERKINI] KWSP terima 2.86 juta permohonan pindah ke Akaun Fleksibel
2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan diterima dan dipindahkan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel membabitkan jumlah RM8.78 bilion.
484 calon SPM di Sabah peroleh keputusan cemerlang
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Datuk Raisin Sadin dalam satu kenyataan memaklumkan, ini peningkatan 140 calon yang memperoleh keputusan cemerlang berbanding 344 calon pada tahun 2022.
RM1 juta diperuntuk bagi pengamal media dalami latihan teknologi AI
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejumlah RM1 juta diperuntukan khusus untuk pengamal media mendalami teknologi AI.
Warga emas terselamat jatuh dari tingkat 16
Seorang warga emas terselamat selepas terjatuh dari tingkat 16 kediamannya di Azelia Residence PJU 9, Damansara Damai dekat sini pada Isnin.
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Hadiah kemenangan Cub Prix meningkat 50 peratus sempena edisi ke-30
Hadiah keseluruhan bagi 10 pusingan musim ini mencecah hampir RM500,000, tidak termasuk bonus kemenangan daripada pasukan.
Cub Prix: Afif muncul juara pusingan pertama
Mohd Izzat Zaidi Salehan muncul pelumba kedua terpantas degan catatan 14 minit 32.435 saat.
Penganjur harap perlumbaan Cub Prix diperluas ke litar lain
Bagi dua musim lepas, perlumbaan hanya dibenarkan di litar tetap iaitu SIC, Litar Tangkak dan Litar Permotoran Terengganu.
Cub Prix: Afif makin himpit kedudukan Azroy Hakeem
Rakan sepasukan, Mohd Aiman Tahiruddin, turut menceriakan pasukan apabila melepasi garisan penamat di tempat ketiga.
Jadual Cub Prix Malaysia mungkin terjejas jika kes COVID-19 meningkat
PSBWPKL bimbang Kejuaraan Cub Prix Malaysia pusingan ketiga yang dijadual berlangsung pada 22 hingga 23 Mei ini akan terjejas.
Kasma Daniel kembali warnai ARRC, Cub Prix bagi musim 2021
Kasma akan mewarnai kancah sukan permotoran musim 2021 apabila mengesahkan mempunyai pasukan dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dan kemungkinan Cub Prix.
Penganjur Cub Prix hadapi masalah konsep gelembung sukan
Penganjuran serta SOP yang dihadapi mereka juga bergantung kepada pelanjutan PKP yang dijadualkan tamat Khamis ini.
Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021 dijangka mula Mac ini
Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021 akan kembali menyajikan 10 pusingan perlumbaan bermula bulan depan dengan empat daripadanya akan tertumpu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
MAM harap SOP khas sukan permotoran dapat kelulusan kerajaan
MAM telah menghantar cadangan SOP berkenaan kepada kerajaan menerusi KBS bagi membolehkan perlumbaan peringkat kebangsaan dapat dianjurkan.
'Hafiz anak mak, sebelum perlumbaan dia tidur bersama ibunya' - Bapa
Jenazah Allahyarham disembahyangkan lebih 500 jemaah di Masjid Saidina Umar Al Khattab di kampung tersebut kira-kira jam 11 pagi.